Syaaban

Alhamdulillah, sekali lagi kita telah diberi peluang dari-NYA untuk sampai ke Bulan Sya’ban pada tahun ini. InsyaAllah dalam beberapa hari lagi, yakni pada malam Ahad ini kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Sya’ban:

Daripada Abu Hurairah r.a : *Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم* telah bersabda, yang bermaksud :

_Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut._

Lalu *Nabi صلى الله عليه وآله وسلم* pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : “Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha”.

Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari  raya, malam awal Rejab dan malam *NISFU SYA’BAN.*

Ayuh kita sama-sama amal dan sampaikan.

Comments

Popular posts from this blog